Enrolment options
HEATZONE CHALLENGE
HeatZone Challenge merupakan satu program kecergasan berintensiti tinggi yang bertujuan mengukur tahap kekuatan fizikal, ketahanan mental serta daya ketabahan peserta dalam menghadapi cabaran ekstrem.
Kursus ini dirangka dengan pelbagai aktiviti fizikal yang menyerupai situasi sebenar kebakaran seperti operasi kecemasan dan ujian ketahanan peserta. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk pemakaian baju bomba, angkatan bebanan seperti buka dan gulung hos, seretan objek, panjatan serta cabaran halangan yang perlu disempurnakan dalam masa yang ditetapkan.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental peserta, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin serta daya saing yang tinggi. Setiap stesen latihan memberi fokus kepada kekuatan, kelincahan dan daya tahan bagi memastikan peserta mampu menyesuaikan diri dalam situasi berintensiti tinggi dengan selamat dan berkesan.
- Teacher: Eliani Aziana Abu Bakar
- Teacher: PB Mohd Fareez Emir Mohd Nor
- Enrolled students: 107

