Enrolment options
UNITY DRILLS
Program ini merupakan satu latihan atau kursus berkaitan kesiapsiagaan kecemasan yang dianjurkan oleh MPKK Tuanku Tengku Fauziah dengan kerjasama COSHE, BOMBA dan PKU. Ia akan berlangsung pada 4 April 2026 bertempat di Dewan Kuliah 1, UniMAP.
Objektif utama program adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman peserta mengenai prosedur keselamatan, pengurusan kecemasan serta tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya insiden seperti kebakaran atau bencana. Selain itu, program ini juga bertujuan memperkukuhkan koordinasi antara agensi terlibat serta memastikan warga kampus bersedia menghadapi situasi kecemasan dengan lebih teratur dan berkesan.
Melalui pelaksanaan program ini, peserta akan didedahkan kepada aspek teori dan praktikal termasuk tatacara evakuasi, penggunaan peralatan keselamatan serta peranan setiap individu semasa kecemasan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan budaya keselamatan dalam kalangan warga UniMAP serta meminimumkan risiko kecederaan dan kerosakan sekiranya berlaku insiden sebenar
- Enrolled students: 38

