Enrolment options

Kursus Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia

Kursus Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia

Course modified date: 15 Feb 2024

Pengenalan

Pusat Pengurusan Keselamatan Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan UniMAP (COSHE) merancang untuk mengadakan satu kursus kesedaran Pengurusan Bahan Kimia yang disasarkan kepada staf UniMAP. Kursus ini merupakan salah satu keperluan hasil dari penilaian risiko penggunaan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan (CHRA) dan hasil audit akreditasi program.

Kursus pengurusan keselamatan kimia ialah kursus yang menerangkan pendekatan sistematik untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan bahan kimia dari masa ia diperoleh hingga masa ia dilupuskan. Ia merupakan komponen penting dalam mana-mana program keselamatan tempat kerja, kerana bahan kimia boleh mendatangkan bahaya kepada staf dan alam sekitar.

Matlamat Kursus pengurusan keselamatan kimia adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan kimia. Ini boleh dicapai melalui pelbagai langkah, termasuk:

a. Mengenal pasti dan menilai bahaya yang berkaitan dengan penggunaan bahan kimia
b. Memberi latihan kepada pekerja tentang cara menggunakan bahan kimia dengan selamat
c. Melaksanakan prosedur untuk pengendalian, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia yang selamat
d. Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat

Kursus ini adalah merupakan program kesedaran berterusan bagi melengkapkan  staf dengan informasi keselamatan bahan kimia. Dengan melaksanakan program ini dengan komprehensif, ianya boleh membantu melindungi staf UniMAp dan alam sekitar daripada bahaya bahan kimia.

Objektif Kursus

a. Staf akan mempunyai kesedaran tentang bahaya bahan kimia dan cara melindungi diri mereka daripadanya.
b. Staf akan lebih memahami keperluan menggunakan peralatan pelindung diri (PPE) dengan betul.
c. Staf didedahkan dengan kaedah untuk mengendalikan, menyimpan dan membuang bahan kimia dengan selamat.

  • Enrolled students: 27
Guests cannot access this course. Please log in.