Enrolment options

Program Kesedaran Biokeselamatan

Program Kesedaran Biokeselamatan

Course modified date: 21 Feb 2024

Pusat Pengurusan Keselamatan Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE), Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP BBC), dengan kerjasama Jabatan Biokeselamatan Kebangsaan (JBK) menganjurkan satu Program Kesedaran Biokeselamatan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Universiti untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pelaksanaan Akta Biokeselamatan 2007 di kalangan semua lapisan masyarakat. Program kali ini ditujukan khas kepada semua penyelidik yang terlibat dalam bidang bioteknologi moden khususnya dalam penghasilan dan penggunaan organisma diubahsuai yang hidup (Living Modified Organisms). Tujuan program ini adalah untuk menggariskan peranan yang perlu dimainkan oleh organisasi-organisasi yang terlibat dalam penyelidikan bioteknologi moden yang termaktub dalam Akta Biokselamatan. Program ini juga bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan mengenai tanggungjawab para penyelidik dalam mematuhi Akta ini.


  • Enrolled students: 98
Self enrolment (Student)