Buangan terjadual yang dikenalpasti di UniMAP adalah terhasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), penyelidikan, sistem sokongan universiti serta perkhidmatan kesihatan universiti. Antaranya adalah:
- Sisa bahan kimia dari makmal/bengkel
- Buangan terjadual dari aktiviti penyenggaraan bangunan termasuk pencahayaan,
- Buangan terjadual dari perkhidmatan kesihatan universiti dan makmal yang menghasilkan buangan hazard biologi (biohazard).
- Buangan terjadual daripada aktiviti penyelenggaraan mesin dan jentera automotif.