i.Mematuhi keperluan perundangan seperti Peraturan atau Perintah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 197 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual, 2005), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 serta undang-undang dan peraturan yang terlibat melalui budaya kerja yang sistematik, positif dan proaktif.
ii.Keperluan kompetensi dan peningkatan kualiti pengetahuan staf dalam sesuatu bidang tugas supaya menjadi sumber rujukan, pelaksanaan dasar serta penguatkuasaan peraturan peringkat Universiti.
iii.Meningkatkan tahap kesedaran berkaitan dengan keperluan pengurusan buangan terjadual supaya dapat menguruskan risiko yang berkaitan pengendalian buangan terjadual dengan lebih berkesan.
Sasaran Peserta:Pengurus Bahan Kimia, Penyelaras Buangan Terjadual dan stat yang terlibat dalam pengendalian bahan kimia/buangan terjadual