Enrolment options

Kursus Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko

HIRARC merupakan kaedah bagi membolehkan sesuatu organisasi menguruskan hazard yang wujud di tempat kerja dengan lebih berkesan. HIRARC  adalah alat integrasi untuk mengenal pasti, menilai / mengukur dan mengawal bahaya dan risiko mana-mana tempat kerja dan setiap aktiviti.

Setiap organisasi memerlukan kaedah pengurusan hazard yang tepat untuk mengelak daripada berlakunya hazard kepada pekerja. Dengan adanya kursus ini, ia dapat membentuk suatu kerja ini dijalankan secara sistematik dan efektif bagi mengelakkan sebarang risiko yang bakal dihadapi oleh pekerja. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta bagi langkah-langkah mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja.

Di akhir kursus peserta akan dapat mengetahui pendekatan yang mudah dalam mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko di tempat kerja serta dapat menguruskan hazard dan risiko dengan lebih berkesan.


Self enrolment (Pelajar)